Wednesday, January 9, 2013

Pandangan semalam.

Ketika waktu itu, aku tersentak.
Rasa itu seakan tajam kemanisan,
Aku tatapi tapi bukan aku yang rasai,
Namaku diseru makhluk yang membenci,
Mengapa hatiku menyanyi begitu?

Kelibat hebat muncul kusangka aku,
Di tempat aku mengawal otakku,
Mataku hanya menyedapkan hati merah sendiri,
Ternyata bukan manusia ini,
Darahku mengalir laju atau mata hitamku  di tipu ?

Berabad membesar sama berlari,
Kepahitan kemanisan di nikmati,
Menyebar virus untuk bersama hakiki,
Tiupan khabar tanda berkongsi,
Adakah palsu semua ini?

Terkadang terlintas di susur ini,
Melihat si buta mahu kaya,
Mengejar cinta melontar air mata,
Di tenung tumpul di rasa tajam,
Sedarlah, 
Siapa permata kaca?
Siapa gelas mutiara?


No comments:

Post a Comment