Sunday, March 27, 2011

Hari Guru

Assalamualikum.Sempena hari guru pada tahun ini, entri ini sebagai tanda mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru yang telah mendidik aku selama ini.konsep guru di sini sangat meluas. Dikatakan sesiapa yang mengajar kita tentang ilmu boleh dikategorikan sebagai seorang guru. mama dan abah aku adalah guru pertama aku yang telah mendidik dan mengajar aku. guru banyak memberi ilmu kepada aku dan seharusnya aku berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar aku selama ini walaupun mereka menerima gaji. Tanpa guru siapalah kita.Susah kita untuk berjaya dalam hidup tanpa guru kerana guru lah yang mengajar kita akan ilmu dunia dan akhirat.Dengan itu aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru tadika dato' ibrahim majid,sek. keb. ibrahim majid, sek. agama ibrahim majid, sek. menengah keb. simpang renggam, sek. men. benut, silat gerak kilas,Brass Band UITM segamat dan pensyarah-pensyarah di UITM Segamat. Tanpa mereka semua siapalah aku.
Ini gambar kelas 5 Prinsip Akaun.

Aku ketua kelas masa ini. Amoi sebelah tu penolong aku tapi aku da lupa nama dia. haha. Aku rindu semua ini.

Saturday, March 19, 2011

Bermulanya Di sini

Assalamualaikum.Blog ini adalah kesinambungan daripada blog aku yang tergendala dulu. Aku cuba untuk menulis blog kembali untuk berkongsi apa yang boleh dikongsikan bersama. Penulisan aku mungkin tidak berapa bagus seperti blogger2 di luar sana tetapi aku cuba menulis blog ini dengan gaya aku sendiri. Terima kasih banyak2 kepada awek(Azra Rahman) aku kerana memberikan semangat untuk aku menulis blog. Aku akan cuba meluangkan masa aku untuk update blog dan menulis tentang semuanya di sini.Aku akan cuba memperbaiki gaya penulisan aku agar tidak begitu membosankan. Mungkin selepas ini aku akan selalu membaca blog2 blogger di luar sana dan aku berhenti di sini dulu untuk entri ini. Baru balik tolak motor bocor. penat. bye


This is me :)