Thursday, March 14, 2013

Derita

Semakin aku ingin melupakan , semakin ingat aku kepada si dia,
Aku tahu rindu ini masih lagi untuknya,
Cinta ini pun masih lagi untuknya, 
tetapi aku rasa bersalah dan malu akan pencapaianku,
aku tak dapat menunaikan harapannya buat masa ini. 

Aku akan mencari kejayaan dalam hidupku dahulu,
Sesudah itu aku akan mencarinya kembali, 
jika dia masih belum berpunya pada masa itu,
aku akan menyuntingnya kembali. 
Semoga harapan aku ini tercapai.

Wednesday, January 9, 2013

Pandangan semalam.

Ketika waktu itu, aku tersentak.
Rasa itu seakan tajam kemanisan,
Aku tatapi tapi bukan aku yang rasai,
Namaku diseru makhluk yang membenci,
Mengapa hatiku menyanyi begitu?

Kelibat hebat muncul kusangka aku,
Di tempat aku mengawal otakku,
Mataku hanya menyedapkan hati merah sendiri,
Ternyata bukan manusia ini,
Darahku mengalir laju atau mata hitamku  di tipu ?

Berabad membesar sama berlari,
Kepahitan kemanisan di nikmati,
Menyebar virus untuk bersama hakiki,
Tiupan khabar tanda berkongsi,
Adakah palsu semua ini?

Terkadang terlintas di susur ini,
Melihat si buta mahu kaya,
Mengejar cinta melontar air mata,
Di tenung tumpul di rasa tajam,
Sedarlah, 
Siapa permata kaca?
Siapa gelas mutiara?


Saturday, January 5, 2013

Keluhan


Kau berikan aku sejuta harapan,
menyemburkan haruman kasturi,
Aku digantung di tempat tinggi,
di sengkang mataku sebesar lautan,
di tayangkan kesayanganku dibawa orang.

Tiada lagi indah bulan purnama bagiku,
Aku tidak boleh berkuku timah,
harus biar ia terbang umpama tiung di langit.
di sebalik wajah gembira tersisip secubit duka,
Aku redha, aku bersyukur.

Friday, January 4, 2013

i'm in the middle of happy and sad

Lelaki gembira jika dapat bersama dengan perempuan kesukaannya. Jika seseorang lelaki menyayangi seseorang perempuan pasti akan ada perasaan cemburu bila melihat perempuan kesayangannnya bersama lelaki lain. perkara ini takkan dapat dirasakan oleh kaum hawa. Apa yang berlaku pada diriku sekarang ialah aku gembira dan dalam masa yang sama aku juga derita melihat perempuan kesayanganku. Aku sedang berusaha untuk mencari penawarnya. setiap hari aku tidur lewat dan setiap masa aku asyik memikirkan pasal dia.

Wednesday, January 2, 2013

Kerja

Terlalu banyak pekerjaan di dunia ini yang bisa kita pilih. Ada kerja halal dan ada juga kerja haram. Sepanjang tempoh aku bercuti ni, pelbagai kerja aku minta. Bila dah dapat kerja ada yang tak kena. Bila dapat kerja yang aku suka pon ada yang tak kena. Aku rasa macam gundah gulana.

Azra is my spirit

Just nak cakap malam ni rasa happy bila hunbungan dengan dia baik. i don't know. i just love her. semoga awak disana juga happy :)

Tuesday, January 1, 2013

2012

2012 banyak memberi aku pelbagai kenangan pahit dan manis. Yang manis bila aku selamat menghabiskan pengajian pada peringkat diploma. Yang pahit bila orang yang aku sayangi pergi dengan tiada perasaan. Ini semua memberi pengajaran dalam hidupku. Setelah 2 tahun aku menyayangi ini balasan yang aku dapat. Mungkin ini penunjuk yang kau bukan benar benar ikhlas mencintai aku. 2013 ini aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan aku dapat melupakan kau. Tekanan bika kau tidak menginginkan aku dan aku pula sentiasa memikirkan kau. urghhhh